Saturday, December 31, 2011

Thanx Untuk hadiah di 2012...

selamat datang 2012,
tapi 2012 bukan untuk aku
bukan permulaan untuk aku.
mmg semua hal yang berlaku pada kita, 
Allah yang tentukan. tapi ternyata aku memang gagal nak hadapi semuanya.
aku gagal merancang, aku gagal menjadi yang terbaik. aku gagal dalam segala-galanya
semalam, aku hapy sb hari nie aku dah menjengah 21 tahun,
tapi, hari ni aku sakit. sakit sangat.
aku dapat hadiah yang tak sepatutnya aku terima. aku tak sangka ini permulaan tahun 2012. 
terima kasih atas hadiah itu.
assalamulaikum.



Sunday, December 25, 2011

huh ??

i'm supposed to be happy when his happy.
but i'm not !
seriously not
uneasiness sangat ! 
im not in mood. 
sebab apa rasa macam nie.
please go awayy !
aku tak nak pk bukan2 pasal dia.
tolongg la......




p/s : HATI, tolong baek pada aku. 



SILAKAN PERIGI UNTUK CARI TIMBA =)) .

jeng ! jeng ! jeng !
kali nie nak sembang isu perigi cari timba pulak.
kalau dalam masyarakat kita nie kan,
perigi kalau mencari timba, memang kena kutuk abes abesan la.
pmpuan tk tau malu lah,
pmpuan tak tau jg maruah diri lah.
macam2 la....
tapi , penah tak terfikir yg tak da salah pun kalau perigi yang cari timba dulu
dia cuma luahkan perasaan saja
tak kena jangkit kuman, tak kena penyakit berjangkit, 
free pulak tu. tak payah buat apa2 pun.
dia cuma luahkan saja dan llkii dgr ja
mgkin takot terluka lepas betol2 sayang, atau nak tgok respon llki yg dia suka tu.
yang llki pulak, kalau tak suka, cakap saja. 
jangan maen2 kan hati pmpuan nie. 
HATI PEREMPUAN BUKAN BARANG MAINAN. 
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
  • Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.
  • Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.
  • Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
  • Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
  • Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.
  • Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
  • Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
  • Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
  • Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
  • Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
  • Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
  • Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
  • Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.


Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)


Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.


“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.


“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.


Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.


“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.


“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.


Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.


“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.


“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.


Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.


Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.


“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.


“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.


“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.


Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.


“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.


“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.


“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.


“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.


Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.


“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.


“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.


“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.


Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.


“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.


“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.


“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.


Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.


“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.


p/s : lepas nie, pedulikan apa yang orang kata keyh gurls ! pasnie, pegi la cari timba awak2 :))

Saturday, December 24, 2011


salam kawan2, pepatah ada mengatakan,
berkawan biar seribu, bercinta biar satu
mesti kawan2 pernah dengar pepatah ni kan?
sememangnya kita perlu kawan dan juga cinta
kadang2 tu ada yang berkawan sampailah bercinta
tapi ada juga kawan yang sanggup mengkhianati cinta kawannya
apa2 pun janganlah kita putus kawan disebabkan oleh cinta, kan kan kan ?
haish ! memang ada orang macam tu. tak boleh tgok kebahagiaan orang laen. pelik betol aku !
kalau kau nak bahagia, buat perangai elok2, bagi orang suka. 
bukannya rosakkan hubungan orang laen, tmbah2 hubungan cinta kawan2 kau !


kisah kawan dan cinta

suatu hari CINTA dan KAWAN berjalan dalam kampung...
tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... kenapa??

kerana CINTA itu buta... lalu KAWAN pun ikut terjun
dalam telaga... kenapa??

kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!
di dalam telaga CINTA hilang... kenapa??

kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... sedangkan
KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan
terus menunggu... kenapa??

kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN
yang setia kan?? so hargailah KAWAN kita selagi kita
terasa dia BERERTI....





p/s : someone yang rampas kebahagiaan orang laen, takkan bahagia selamanya. !

Sunday, December 11, 2011

SILA JELES EA . hehe =)

sumpah jeles ngan romantic couple nie. haisshhh.
nak jgk !! nak jgkk ! =((

Puisi Zahiril buat Shera:
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku"

p/s : to sapa2 yg baca entry nie. especially guys, wat la puisi 4 ur future wife ea ;)

cha ya nun ta aliip ! :))

ternyata CINTA itu memang rumit  
tetapi jika ingin CINTA terkadang membuat kita bahagia

terkadang kita bingung memilih CINTA SEJATI kita  
terkadang CINTA juga bisa membuat kita menangis
aq terkadang merasa sakit hati melihat dia bersamanya
tetapi itu adalah perasaan CEMBURUKU kepadanya 
ternyata aoal CINTA  memang luar biasa


terkadang orang memilih seseorang yang DI CINTAI hanyalah dari
wajahnya yang cantik 


seharusnya kita harus melihat dari HATINYA bagaimana,dia
baik,jahat,pemarah,tidak tulus,suka menyakiti perasaan perempuan 
lelaki terkadang juga begitu,cuma melihat dari segi KECANTIKAN
PEREMPUAN







Saturday, December 10, 2011



True Friendship never dies 
A true friend is there always Through good times and bad 
Through sorrow and grief


A true friend will never walk away 
They are here to stay 
They are heaven sent from above God's Special Angels full of lovAAnd such Grace, 
You will know Them from the smiles upon their face. 
Sent to you from the Lord God above! 
- Karen Sue Magee ~
terasa sampai pangkal hulu hati.
aku tak pandai jaga hubungan.
biar dengan keluarga, kawan2, atau kekasih
aku selalu melukakan mereka mereka yang aku sayang.
maaf, aku bukan yang terbaek untuk menjadi yang terbaek.
maaf mama, maaf baa, maaf saudara2 ku, maaf kawan2 ku dan maaf kekasihku.
aku mungkin hanya menyusahkan kamu.
tapi, ketahuilah, yang hati ini setulusnya mencintai kamu semua.



p/s : andai satu masa aku pergi, ampunilah aku Ya Allah, maafkanlah aku semua.

Monday, November 21, 2011

auuummmmMMM !!


HARIMAU VS GARUDA  !!

HARIMAUU MENANG !!
Malaysia menangg !!! 
yeayy !. hehe. 
tahniah badrul. tahniah apekk !
tahniah semuaaa....
indonesia kalah kat tmpat sendiri. wakakaka 
apa2 pun.. tahniah MALAYSIA !
aku sayanggg apekkkk!!! hahaha 
esol mintak2 cutii. 
amin amin .











p/s : gelaran baru Harimau Malaya  { PASUKAN TERHEBAT DI ASIA TENGGARA }
So, Malaysian ! be proud of it ! 

Sunday, November 20, 2011

duupp dappp !! errrrrrrrrr

dup dap dup dap nie
esok praktikal
esok praktikal
wish me luckk !
Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan aku esok. 
semoga orang-orang di sana akan sedia membantu aku.
siyess aku mmg nervous. nie kira malam.
esok pagi, taktau la lagu mana nervous nie buat perangai. 
Ya Allah, Engkau dengarkanlah doa aku ini.
amin amin . 










Saturday, November 19, 2011

11.17 malam












aku terasa kosong
hidup aku terasa tak da arah
airmataku tiba2 jatuh
aku rasa sesuatu 
aku pun tak tau apa. tapiii
laen aku rasakan.
banyak teka teki yg ada dalam minda aku
betulkah dia boleh menerima aku?
benarkah syg dia pada aku ?
aku tak mahu fikir bukan2 ttng org yg aku sayang
cuma hati aku nie memberontak nak tahu
aku takkan memaksa dia untuk mencintai,menyayangi aku
tapi aku perlukan kejujuran
apa yang bakal berlaku, aku harus belajar menerima
apa yang aku pasti, cinta aku kepada pencipta-ku iaitu Allah swt
serta rasulku Rasulullah saw .
itu yang hakiki.
                                                قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ
                                                         وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[QS. Ali ‘Imraan: 31]








Thursday, November 17, 2011

Perubahan itu nikmat, tapi mampu kah aku , Ya Allah ?

aku tak sehebat Siti Khatijah.
aku tak punya cinta seteguh Zulaikha
aku tak setabah Fatimah Az Zahra
aku tak senekad Mashitah dalam meneguhkan Islam
aku tak seberani Sumayyah yg sanggup mati kerana Islam                                                                
mereka adalah wanita-wanita yang dianugerahkan Allah untuk mempunyai kelebihan2 
yang tidak semua wanita miliki.
Siti Khatijah, wanita yang menjadi idola dalam bidang keusahawanan. 
Beliau juga bisa menjadi isteri yang dicintai Rasulullah saw. 
Beliau wanita hebat. tersangat hebat kerana beliau adalah isteri kepada Rasulullah saw.
Cintanya kepada Rasulullah sangat luas. 
Zulaikha yang berani mendapatkan cintanya
tak seperti aku. yang hanya menunggu cinta untuk datang kepadaku.
Alahaaiii
Ya Allah ,aku perlu melakukan perubahan. 
sudah terlalu banyak dosa dan noda yang telah aku lakukan
jauh aku menyimpang. jauh sgt aku tersesat
kata orang, kita akan merasa nikmatnya selepas perubahan dilakukan
tapi , bukan senang nak berubah.
ya, bukan senang nak berubah untuk menjadi yang lebih baik.
aku mengakui yang aku sendiri tak mudah nak berubah
aku mahu berubah, aku mahu mahu mahu ! ! !
tapi bukan perkara yang mudah buat aku
tmbahan, aku cuma punya beberapa orang yang sentiasa menyokong aku
aku tak punya siapa selain mereka.
sedangkan aku memerlukan orang lain jugak untuk menyokong aku.
aku akan cuba berubah mulai sekarang
dan aku akan pastikan perubahan yang bakal aku lakukan ini
akan menjamin kebahagiaan aku kelak.
akan aku pastikan.
aku berubah untuk kebaikan
dan aku mahukan kebahagiaan dalam apa jua yg aku lakukan.
Amin . amin ya rabb al Amin. 


p/s : apa yg aku coretkan ini, adalah ikhlas dari hati aku sendiri. 
  Ya Allah, kau bantulah hamba-Mu ini.



I'm In Love witH heR






adorable Najwa . i'm so impressed with her voice . 
awesomee !! =)
and my favourite song is
GOT TO GO . 

This time I’m gonna live my life

I ain’t no stepford wife

No I ain’t perfect
Gonna find somebody who’s worth it
And no you ain’t that person
Coz i caught you constantly flirtin’
With my best friend

So I guess I’ll say goodbye

I’ll find me another guy

Why (why why why)

You always makin’ me

Cry (cry cry cry)
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are,
Even if you were a star,
You’ve got to go
(Go go go go go go)
Read my lips I’m leavin’,

and no no I ain’t teasin’,

This time it’s for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain’t stayin’,
By the time you finish what you’re sayin’
I’ll be gone






Dunia Remaja Tak Susah ??


Siapa kata fasa remaja adalah fasa yang mudah untuk diredah? Terlalu banyak ujian dan mehnah yang perlu ditongkah. Meski susah dan payah, terus kita wajib gagah melangkah. Fasa hidup baru mula dijengah, dengan sifat ingin tahu kita mencuba segala yang di hadapan mata tersembah. Kadang-kadang kita tersungkur, terjelopok dek langkah yang salah. Namun kita bangkit semula dengan penuh gah. Ya! Bukankah kita muslim yang tabah, mengejar Redha Allah itu jangan pernah lelah. Kelak semua akan dinilai ditolak tambah, disoal ditanya sebanyak mana di dunia ini telah kita beribadah?

Fasa remaja adalah sebuah fasa yang menentukan peribadi seorang insan di masa hadapan. Susah bukan?
Jikalau baik usia mudanya, baiklah jua usia tuanya.

Lalu persoalan lain mula timbul, "Adakah ini bermakna, jika usia remaja milikkku sudah teruk dan buruk, buruklah jua usia tuaku?"

Bukankah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menerima Taubat hambanya. Bertaubatlah. Sekecil mahupun sebesar mana khilaf kita kepadaNya, hanya Dia yang akan menilainya. Bukan manusia. Pulanglah pada Yang Esa, kerana Dia yang Maha Mengetahui segala.

Oh Allah, Fasa remaja ini bagiku amatlah payah!
  1. Aku adalah seorang muslimah hamba Allah. Aku wajib menjaga ibadah.
  2. Aku adalah seorang umat Nabi Muhammad. Aku ingin menjadi sebaik-baik ummat.
  3. Aku adalah seorang anak. Aku ingin menjadi anak yang solehah.
  4. Aku adalah seorang kakak. Aku perlu menjadi contoh yang terbaik.
  5. Aku adalah seorang sahabat, rakan, teman. Aku mestilah sentiasa menjaga hak-hak dalam berukhuwah.
  6. Aku adalah seorang pelajar. Aku wajib laksanakan tanggungjawab saya sebagai pelajar.
  7. Aku adalah harapan agama, harapan umat dan negara. Aku wajib menjadi sebaik-baik insan.
  8. Aku adalah seorang remaja. Aku wajib memperbaiki peribadi supaya tak tersasar arah nanti.

Oh Allah, Kelak akan aku melangkah suatu fasa yang amat berbeza.

  1. Kelak akan aku menjadi seorang isteri. Menjadi Sayap kiri mujahid itu yang diimpikan.
  2. Kelak akan aku menjadi seorang ibu. Mendapat zuriat soleh solehah yang diharapkan.
  3. Kelak akan aku mula bekerja. Suri rumah tangga pun sebuah tanggungjawab juga.
  4. Kelak akan aku menyumbang tenaga buat agama. Tak mahu ketinggalan dalam barisan.

Oh Allah. Menjadi seorang remaja memang payah, susah. Tetapi hidup Rasulullah itu bukankah lagi mencabar usia remaja baginda?. Usia remaja para sahabat dahulu dihabiskan dengan beribadat. Berjuang, berperang menegakkan sebuah kalimat tidak hirau lelah dan penat.

Sunday, November 13, 2011

sengsara !




hidung ouh hidungg ! 
tak guna hidung mancunglah !
geramm alahaii..
sengsara nieh !
sakit idung lah. grrrrrr !!


p/s : taktaunakpostapapunyapasallahnie ! 

Saturday, November 12, 2011

ADA CINTA ~ ya, hatiku ada cinta =))



Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan

Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu

Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada

Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal yang terasa

Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…




p/s : saya sayang awak syah. saya perlu awak syah. saya rindu awak syah. jangan jauh dari saya ea syah ? awak sentiasa di hati saya syah. saya sayang awak syah. cinta awak syah :))