aku tak sehebat Siti Khatijah.
aku tak punya cinta seteguh Zulaikha
aku tak setabah Fatimah Az Zahra
aku tak senekad Mashitah dalam meneguhkan Islam
aku tak seberani Sumayyah yg sanggup mati kerana Islam
mereka adalah wanita-wanita yang dianugerahkan Allah untuk mempunyai kelebihan2
yang tidak semua wanita miliki.
Siti Khatijah, wanita yang menjadi idola dalam bidang keusahawanan.
Beliau juga bisa menjadi isteri yang dicintai Rasulullah saw.
Beliau wanita hebat. tersangat hebat kerana beliau adalah isteri kepada Rasulullah saw.
Cintanya kepada Rasulullah sangat luas.
Zulaikha yang berani mendapatkan cintanya
tak seperti aku. yang hanya menunggu cinta untuk datang kepadaku.
Alahaaiii
Ya Allah ,aku perlu melakukan perubahan.
sudah terlalu banyak dosa dan noda yang telah aku lakukan
jauh aku menyimpang. jauh sgt aku tersesat
kata orang, kita akan merasa nikmatnya selepas perubahan dilakukan
tapi , bukan senang nak berubah.
ya, bukan senang nak berubah untuk menjadi yang lebih baik.
aku mengakui yang aku sendiri tak mudah nak berubah
aku mahu berubah, aku mahu mahu mahu ! ! !
tapi bukan perkara yang mudah buat aku
tmbahan, aku cuma punya beberapa orang yang sentiasa menyokong aku
aku tak punya siapa selain mereka.
sedangkan aku memerlukan orang lain jugak untuk menyokong aku.
aku akan cuba berubah mulai sekarang
dan aku akan pastikan perubahan yang bakal aku lakukan ini
akan menjamin kebahagiaan aku kelak.
akan aku pastikan.
aku berubah untuk kebaikan
dan aku mahukan kebahagiaan dalam apa jua yg aku lakukan.
Amin . amin ya rabb al Amin.
p/s : apa yg aku coretkan ini, adalah ikhlas dari hati aku sendiri.
Ya Allah, kau bantulah hamba-Mu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)












No comments:
Post a Comment